Dia ditinggalkan ayahnya semenjak kecil dan banyak perkara mengenai ayahnya yang dia tidak ingat. Hanya foto-foto sahaja yang ada untuk mengubat rindunya terhadap lelaki itu. Semenjak dibawa kembali ke tanah air sendiri, dia sering menjadi bahan ejekan dan umpatan hanya kerana dia memiliki paras rupa yang berlainan daripada orang lain.
Seringkali dia dipanggil dengan gelaran yang tidak enak didengar. Walaupun mempunyai perwatakan yang sedikit keras seperti lelaki, dia seorang gadis yang pintar, kelakar dan pandai mengambil hati. Oleh kerana itu, dia menjadi pelajar kesayangan dan pelajar harapan sekolah menyebabkan dirinya semakin dicemburui teman satu sekolah.
Rupa parasnya yang berlainan juga telah menarik minat ramai lelaki tetapi dia tidak mudah termakan pujuk rayu kerana cita-citanya lebih penting. Dia tidak lari dari disensasikan dengan fitnah sehingga membabitkan ibunya.
Jika Kuch Kuch Hota Hai berkisar cinta dua wanita terhadap seorang lelaki yang sama, cerita ini pula menyelitkan kisah dua orang lelaki cuba meraih cinta seorang gadis.
Di dalam menghadapi kemelut perselisihan faham cinta tiga segi, hadir seorang lagi lelaki yang membawa perubahan di dalam hidupnya.
tempahan sudah boleh dibuat di www.karystoscreative.com/v2/
ada sweet gift dari Sweet Tamara

No comments:
Post a Comment