Tuesday, 16 July 2013

PENGGANTI LISAN

biarlah hujung jariku saja berbicara
bibir ini sudah letih
sudah bosan mengungkap kata-kata
kerna sering disalah erti
dan tidak difahami
lantaran maksud tiada
kesampaian

biarlah hujung jariku saja berbicara
kerna sukar untuk ku luah
lewat lisan
 daripada menyakiti dan disakiti
aku nekad membisukan diri
tiada siapa perlu tahu
sakit di hati
tiada siapa perlu tahu
lara ku lalui

biarlah hanya dengan kalam
kerna lidah sudah kumatikan


Thursday, 11 July 2013

NUKILAN TANPA TAJUK





pedihnya hanya aku yang tahu
peritnya hanya aku yang merasa
sakitnya hanya aku yang menanggung
...andai aku masih mampu
...andai aku masih kuat
...andai aku masih mahu bertahan
maka biarlah semuanya
di pundakku selamanya
akan ku bawa rasa ini
ke mana saja kaki melangkah
bersama bayang-bayang ku yang setia
andai ini kifarahku
aku akan cuba redha
dan
andai satu hari
bayang-bayang ku
tidak terlihat lagi
...artinya...
aku sudah tiada
segala yang dipinjamkan
aku pulangkan
segala sakit, perih dan pedih
akan ku bawa bersama
seiring dosa dan pahala
ku tanggung segala...

Wednesday, 10 July 2013

TIME HEALS WOUNDS AND LEAVES SCARS?



Time heals all wounds and leave scars? Its a myth. I am so doubtful of it at the moment because as long as we are still breathing and are able to remember, time will never heal anything, be it wounds or damages....and the scars it left are ugly, really ugly...

I know we can be selective of our memories. We can disregard the unpleasant ones and let the good ones remain. But the mind likes to play tricks on us. Somehow, somewhere, sometime, someone will remind you and you felt a stab in the chest or an electric shock spread throughout your body – there and then the bad unpleasant events that one chose not to remember pop up and are displayed as if you are watching it as a show on the telly.

Today, due to memories, due to the past – mine to blame most of them - I trembled and almost fell. It felt like a cold sharp sting in my heart. My heart stopped a beat or two. I cried for a while but then I tried hard not to dwell in pain. Not to be defeated. I tried but trying is not enough. I wanted to run, find a place to hide and cry some more till all my tears are dried up....but I can’t. I am still stuck here, watching the memories on a big screen at the same time enduring the pain, even if not pyshically. And mental pain is more painful....I could bet my life on that....

So, does time really heal wounds but leave only scars? I don't know how others feel about it but for me...its only temporary. Time makes you forget for a while, like having an amnesia and no it doesn't leave scars. It only made the wound worst when ever you are reminded of the things that hurt you.

A BIT OUT OF TOPIC

Alhamdulillah...this Ramadhan we are able to celebrate the blessed month as one complete family. All my boys are home for the holidays. After not having one, then two then three of them around in previous Ramadhans, this year we are blessed. Their only sister seems happier and livelier now. Less frowns on her face. Their father seems more contented and me, of course I am contented and happy. It gave me a great relief actually knowing that my sons are around especially now. There is no mother in the world that does not fuss over or worry about their children during the fasting month. We worry whether they were able to wake up for sahur then we worry if they have food for buka puasa or 'sungkei' (Sarawak for buka puasa) and do they have any money to spend on food. Hmm..a mother will always worry about their children no matter how big they have grown as if they were babies forever.

Allah has blessed me in ways that sometimes suprise me. I do not have wealth and tonnes of money but I have children who are obedient to Allah and their parents, who are doing well in their studies in Uni and at school, have kind hearts, helpful, loving and caring towards one another. Syukran Ya Rabb. 

Jaad, Fadh, Hafiz and Iffah....I love you with all my heart and thank you for being who you are.

-UMMI-


Sunday, 7 July 2013

SWEET TAMARA - BAB 2



Jam tangan sudah menunjukkan pukul 5:15 petang. Keadaan di sekolah sudah agak sunyi. Kelihatan beberapa orang gadis pom-pom berjalan melewati tempat Tamara menunggu sambil berbual dan ketawa. “Seronok betul mereka ni jadi gadis pom-pom, mengalahkan selebriti” detik hati Tamara. Sakit hati betul dia dengan budak-budak pom-pom ni!
Tamara beralih dari bangku kayu, dan mengambil tempat duduk di bangku simen ferro yang lebih terlindung dan sejuk. Tempat duduk di luar pondok jaga sekolah itu dihias dengan bunga-bunga bougainvilla pelbagai warna untuk menambah keceriaan sekolah.
Kedudukan cap di kepala dibetulkan dan Tamara memakaikan earphone ke telinga untuk menghilangkan rasa bosan. Kaki dan tangannya bergerak-gerak seperti sedang memukul drum mengikut alunan lagu yang didengar, nyanyian kumpulan Linkin’ Park. Kalau remaja lain sebayanya meminati artis-artis mengikut era dan masa tapi Dania amat meminati Linkin’Park walaupun kumpulan ini wujud di era 90an.
“Assalamualaikum....assalamualaikum....ehem...saudari!” dengan rasa kalut Tamara menyentap salah satu tali earphone apabila menyedari ada seseorang berdiri di sebelahnya. “Alahai mamat ni tiba-tiba muncul” getus hati Tamara yang separuh malu memikirkan kalau penonton tak diundangnya itu terlihat perlakuan peliknya tadi. Mana tak peliknya, orang tengah seronok berangan-angan menjadi pemain drum! Terbawa-bawa pula tu!
“Wa ‘alaikumsalam” Tamara mengangkat mukanya seraya menyambut salam. Matanya terkelip-kelip saat terpandang wajah si pemberi salam. Jejaka itu pula tersipu-sipu malu.
“Maaf, saya tak perasan. A....awak....hendak apa?” soal Tamara teragak-agak dengan matanya meninjau-ninjau ke sana ke mari. Rasa bimbang muncul dalam dirinya sebab dia keseorangan di situ. Pak Guard yang sudah biasa dengan panggilan Pak Deris tidak kelihatan, mungkin sedang meronda-ronda kawasan sekolah dan mengunci blok-blok kelas.
“Err...saya hendak mencari pejabat Pengetua” balas si jejaka.
Lelaki itu diperhatinya dari atas ke bawah, nampak smart semacam. Di tangannya ada sebuah folder plastik. “Awak salesman ke?” soal Tamara lagi.
“Eh, bukan, bukan. Sebenarnya saya nak hantar surat perpindahan saya dengan Tuan Pengetua” jawabnya. “Alamak! Cikgu baru? Mampuslah aku” detik hati Tamara menahan rasa malu. “Maafkan saya, err cikgu baru ke?” soalnya dengan tergagap-gagap.
Luqman ketawa sambil mengeleng. Akhirnya Tamara faham.
Salesman bukan, cikgu pun bukan, kerani memang tak mungkin sebab awak nampak muda sangat. Kalau begitu, awak pelajar barulah ya?” Tamara meneka lagi.
“Ya, nama saya Luqman Zafrullah. Nampaknya awak ni suka main teka-teki ya?” jejaka yang baru dikenali itu membuat andaian. Bibirnya menguntum senyum. Mahu gugur rasa jantung Tamara melihat senyuman itu.
Tamara hanya tersengih. “Hai, pandai menyindir pula mamat ni” bisik hatinya.
“Boleh tak cik tolong tunjukkan saya pejabat Pengetua?” pinta jejaka tersebut. Tatkala cermin mata hitamnya ditanggalkan, matanya melekat pada wajah Tamara. Tamara sendiri seperti terpaku dan kedua-duanya terdiam seketika sehinggalah bunyi motosikal Pak Deris kedengaran menghampiri pondok jaga.
“Err...Rasanya Pengetua sudah balik. Pejabat Am pun sudah ditutup, elok saudara Luqman datang pagi esok saja” Tamara tergagap-gagap memberi cadangan. Di dalam hatinya terfikir kenapa si Luqman Zafrullah ini datang selepas waktu pejabat. “Tak tengok jam ke mamat ini?” fikirnya lagi.
“Sebenarnya saya baru sampai dari Kuala Lumpur pukul 3 tadi dan terus hendak melapor diri, tetapi tidak sangka pula di Kuching ini traffic jamnya boleh tahan juga. Hampir dua jam di dalam kereta, baru sampai ke sini” Luqman mula bercerita seolah-olah dapat membaca fikiran Tamara. Peluh di dahi dikesat dengan lengan bajunya, perlakuan yang agak lucu di mata Tamara.
“Amboi, dari A sampai Z dia bercerita” fikir Tamara sambil mengangguk, mendengar jejaka yang berdiri di hadapannya memberi penjelasan dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Senyuman yang sangat manis ditambah lagi tahi lalat di atas bibir sebelah kanan..huh mengancam!
“Kalau begitu, tak mengapalah. Mama dan papa saya pun sedang menunggu di dalam kereta. Saya akan datang awal pagi esok. Terima kasih cik.....”
“Tamara” dia menyampuk seperti mengerti pemuda itu ingin tahu namanya.
“Ta...ma...ra” jejaka bernama Luqman itu menyebut semula nama Tamara seperti budak baru belajar membaca suku kata. Dia mengangkat kening sambil mengangguk menyebabkan Tamara merasa serba salah. 
“Nama aku pelik ke?” fikir Tamara.
Setelah memberi salam, dia terus berjalan ke arah kereta yang menunggu. Sempat dia menoleh dan menghadiahkan sebuah lagi senyuman kepada Tamara yang sedang asyik memerhati dirinya sehingga dia memasuki kereta.
“Boleh tahan hensem jugak mamat tu, badan tegap, berbudi bahasa. Hai, kalau yang cukup pakej begini, mesti sudah ada girlfriend. Hmm...like they say, all the good ones are taken” keluh Tamara.
Lamunan Tamara terhenti apabila mendengar hon kereta Lexus ibunya.
“Maaf sayang. Ibu lewat sikit tutup klinik tadi, ramai sangat yang datang. Lama Tamara tunggu?” soal Doktor Jamilah, pemilik Tamara’s Clinic and Health Centre yang sudah beroperasi semenjak anak gadisnya itu berusia 14 tahun. Sebelum itu, Doktor Jamilah bekerja di Timberland Specialist Clinic dan kadang-kadang menjadi doktor pengganti di klinik-klinik swasta.
“Tak apa ibu, Tamara faham” balas Tamara yang akur dengan tugas dan tanggungjawab ibunya. “Ibu, malam ni ada birthday party untuk Uncle Zain, Auntie Lia yang jemput Tamara. Dia kata, kalau boleh, ajak ibu sekali” sambung Tamara lagi separuh berbohong untuk mengambil hati Doktor Jamilah. Tangannya sibuk memasang talipinggang keledar. Mukanya pula dipalingkan keluar supaya ibunya tidak mengesyaki yang dia berbohong sedikit.
“Pukul berapa majlis itu?” soal Doktor Jamilah. Tamara sudah mengagak soalan itu yang akan keluar. Masalahnya dia sendiri pun tidak pasti pukul berapa mula dan pukul berapa habis.
Untuk menyedapkan hati ibunya, Tamara membuat kesimpulan sendiri.  “Emm...majlis bermula pukul 7:30 malam dan mungkin habis dalam masa dua tiga jam. Ibu nak ikut tak?”
“Hish. Tamara kan tahu ibu tak suka majlis-majlis begitu. Tak mengapa, Tamara sajalah yang pergi. Lagipun malam ini ibu ke klinik lagi. Sampaikan salam ibu pada Auntie Lia dan Uncle Zain nanti. Tak perlu belikan hadiah ke?”
“Ish...ish...ish ibu ni. Uncle Zain itu sudah tua, tak payahlah belikan hadiah. Kalau ibu hendak belikan juga, apa kata kita belikan dia teddy bear atau kereta mainan Hot Wheels” balas Tamara diiringi ketawa mereka berdua.
“Heh, mengarutlah Tamara ni. Ada ke nak belikan teddy bear untuk abang Zain tu” sahut Doktor Jamilah. Dia teringatkan bekas jirannya, yang dibahasakan sebagai abang Zain. Beliau sudah mencecah usia enam puluh tahun dan rupa serta perwatakannya saling tak tumpah seperti pelakon dan pelawak Jalil Hamid. Mengenangkan itu, Doktor Jamilah merasa gelihati. Bagaimanalah agaknya lelaki berusia itu memeluk teddy bear atau bermain dengan kereta mainan? Silap haribulan, berebut dengan cucunya pula. Doktor Jamilah tiba-tiba mengekek ketawa menyebabkan Tamara menoleh ke arah ibunya dengan dahi yang berkerut. Hairan.
“Kenapa dengan ibu ni? Tiba-tiba ketawa. Apa yang kelakar sangat ni bu?” soal Tamara.
“Ibu terbayang-bayangkan abang Zain yang sudah bercucu itu memeluk teddy bear dan bermain kereta mainan. Jenuhlah Kak Lia nanti kalau dia berebut dengan cucu-cucunya ” jawab Doktor Jamilah sambil ketawa lagi.
“Itulah sebabnya Tamara kata tak perlu bawa hadiah sebab kita tak tahu apa yang sesuai. Takkan nak hadiahkan vitamin pula? Kalau kita hadiahkan sejadah ke, al-quran ke, lain pula anggapan orang nanti. Betul tak bu?”
“Yalah, yalah. Terserah Tamara, ibu ikut saja” akhirnya Doktor Jamilah bersetuju.
“Kalau macam tu, Tamara nak hantar mesej dengan Fizzi suruh dia jemput lepas Maghrib” balas Tamara lantas mengeluarkan handphone dari poket seluar jeans.
“Tapi jangan lama-lama, ya sayang. Paling lewat balik pun pukul 10:30, bawa kunci spare takut nanti ibu lambat balik dari klinik” pesan Puan Jamilah. Kebelakangan ini pengunjung kliniknya bertambah dan dia agak sibuk sehingga kadang-kadang dia bimbang kalau Tamara terabai.
Dia merasa lega dengan kata-kata ibunya hanya mengangguk. Sepanjang perjalanan pulang, Tamara melayan fikirannya tentang jejaka yang baru dikenali tadi. Dia tiba-tiba tersenyum apabila teringatkan riak muka Luqman Zafrullah yang cemas dan dalam keadaan berpeluh-peluh.
Such a sweet gentleman” bisik hati Tamara.
“Hai, anak ibu tersenyum-senyum ni kenapa? Tadi bukan main lagi mengata ibu” soal Doktor Jamilah sambil ketawa kecil.
“Tak ada apa-apa ibu. Cuma terkenangkan peristiwa lucu di sekolah tadi” balas Tamara tidak mahu bercerita lebih lanjut.

Thursday, 4 July 2013

SWEET TAMARA - BAB 1



Dari bawah pokok ketapang, Tamara dapat mendengar sorakan dan pekikan pasukan pom-pom sekolah yang sedang berlatih di padang bertentangan arah. Agak meluat dia melihat mereka memakai kemeja T potongan slim fit dan memakai legging. Meluat atau cemburu?
Hatinya kuat mengatakan yang dia sebenarnya cemburu dengan pelajar-pelajar yang dipilih menyertai “Sweet 17”, tukang sorak untuk pasukan bolasepak dan ragbi sekolah, sedangkan dia...hah...macam mana hendak dipilih? Pergi audition pun tidak. Malu diketawakan jika pergerakannya nampak keras dan kaku. “Aku belum sweet 17 lagi, macam mana nak audition” Tamara mengomel sendiri sekadar menyedapkan hati sendiri.
Pasukan pom-pom ini juga menjadi peserta pertandingan pom-pom atau cheerleading di antara sekolah-sekolah menengah yang diadakan saban tahun. Tahun lepas, mereka berjaya menjadi johan. Sudah tentu tahun ini mereka mesti lebih giat berlatih untuk mempertahankan kejuaraan.
We...are....the....best..we...are...the...number one...we... are ....the Sweet 17...” pekikan itu kedengaran lagi diiringi beberapa pergerakan ala jimnastik yang dibuat secara serentak. Tamara berpeluk tubuh memerhati gadis-gadis tersebut membuat pergerakan sambil memegang dan menghayun lembut pom-pom mereka ke udara. Dia mengajuk pekikan tersebut tanpa suara sambil menggerak-gerakkan bahu dan kepala sambil membuat muka meluat.
“Danny!” sergah seseorang. Tamara terkejut dan pantas menoleh. “Apa kau buat di sini? Aaa....aku tahu. Kau teringin nak jadi gadis pom-pom juga, kan?” sambung Fizzi, kawan karib Tamara itu sambil ketawa. Tamara merasa tersindir. Mulutnya diherotkan tanda geram. Sudahlah terkejut, disindir pula.
“Ish! Mengarutlah. Kau ni tak ada kerja lain, suka ganggu konsentrasi aku. Aku ni sedang berseronok memerhatikan badut-badut tu terlompat-lompat macam monyet sambil menghayun pom-pom” sengaja Tamara mengejek demi menepis sangkaan Fizzi. Temannya itu ketawa kecil mendengar omelan Tamara sambil matanya asyik melihat ke padang.
“Badut? Ya lah tu Danny” ucap Fizzi dengan perlahan namun sinis.
“Amboi, bukan main lagi kau perli aku. Kau terhendap-hendap datang ke sini pula apahal? Kau sebenarnya seronok melihat mereka dengan baju dan seluar ketat tu, kan? Mengaku sajalah” Tamara menjeling Fizzi dan membalas balik sindiran. Fizzi hanya mengangkat-angkat kening sambil tersengih.
Penat berdiri, Tamara duduk. Fizzi pun duduk agak dekat dengan agak dekat menyebabkan kaki dan tangan Tamara terasa sejuk tiba-tiba, gemuruh tanpa punca.
“Heh! Bukan sebab itulah. Satu sekolah aku cari, rupa-rupanya kau melepak di sini” tempelak Fizzi menafikan sangkaan gadis berbadan kecil itu yang sudah biasa dipanggilnya dengan gelaran Danny.
Tamara mencebik bibir mendengar jawapan Fizzi. Matanya masih ke arah padang. “Penting sangat ke, cari aku?”
“Lebih kurang begitu” sahut Fizzi sambil menguntum senyum yang nakal. Senyap seketika. Fizzi mencuri pandang wajah Tamara. Ada sesuatu yang dia rasa, tetapi dia sendiri tidak tahu rasa yang bagaimana.
“Begini, aku cari kau sebab nak jemput kau datang ke rumah aku malam ini, ada birthday party untuk papa. Mama suruh aku jemput kau sekali. Dari semalam lagi aku nak beritahu, tapi lupa” Fizzi memberi penjelasan.
“Kau tu memang, pelupa tak habis-habis” tempelak Tamara.
I am so sorry, tapi mama nak sangat kau datang. Katanya sudah lama dia tidak berjumpa dengan kau, dia rindu nak berborak dengan Danny yang sweet pasal.....apa yang dia sebut semalam eh? Err....ha! women’s stuff. Kau tau tak, walaupun orang lain nampak kau keras macam kayu, tapi mama tidak. Mama kata dia suka sangat berborak dengan kau, sebab kau pandai berjenaka. Lepas tu dia kata gadis macam kaulah yang dia nak jadikan menantu” sambung Fizzi lagi seraya tersengih-sengih. Kepalanya didekatkan sedikit dengan kepala Tamara membuat hati gadis itu berdebar dan mukanya terasa panas. Rasa kurang selesa, kedudukannya dijarakkan sedikit.
“Menantu? Hish! Minta dijauhkan” komen Tamara. Mulutnya berkata begitu, tetapi di dalam hati, Tuhan saja yang tahu.
“Ya, dia cakap begitu” tekan Fizzi.
“Hmm...sampai begitu sekali mama kau puji aku? Aku tak percayalah, kau yang melebih-lebih. Kau ni bukan boleh percaya sangat” sambung Tamara. Takkan mama Fizzi bercakap begitu walaupun hubungan dia dan mama Fizzi agak rapat.
“Kalau kau tak percaya, sudah. Kau hendak pergi ke tidak? Kalau kau nak, aku jemput kau di rumah. Kalau kau tak dapat datang, nanti aku cari orang lain untuk ganti tempat kau” Fizzi berseloroh. Dia tahu Tamara tak akan menolak.
Mata Fizzi masih memerhati kumpulan pom-pom yang sedang berhenti rehat duduk di bangku-bangku di tepi padang. Ada satu kelibat di antara gadis-gadis pom-pom itu yang mencuri perhatiannya.
“Ha ah...kau cubalah cari kalau ada yang bajet sweet macam aku dan yang mama kau boleh ajak berbual bab-bab perempuan. Ha..tu, Putri Amber kan ada” cabar Tamara. Dengan ekor matanya, Tamara perasan perubahan pada riak wajah Fizzi. Sukalah tu!
“Kau pun satu, berilah masa untuk aku fikir dulu” pinta Tamara.
“Dah, dah. Tak payah fikir-fikir. Masa tidak mengizinkan. Kau datang sajalah nanti. Mama riiiiinduuuu.... sangat dengan kau. Eh! Kau perasan tak, kita pun sudah lama tak hang out sama-sama kan?” balas Fizzi sambil menoleh ke arah Tamara.
Perkataan rindu diucap dengan intonasi yang panjang untuk meyakinkan Tamara. Memang sudah agak lama dia tidak bertandang ke rumah Fizzi. Paling akhir dia ke sana pada cuti penghujung tahun lepas untuk menyambut harijadi Auntie Lia, mama Fizzi.
Auntie Lia melayan Tamara dengan baik sekali, malah membahasakan dirinya sebagai mama apabila berbual. Begitu juga dengan Uncle Zain. Mungkin kerana dulu mereka pernah berjiran dan mungkin kerana Fizzi dan Tamara berkawan rapat semenjak dari sekolah rendah lagi maka mereka menganggap Tamara seperti anak mereka sendiri, lebih-lebih lagi pasangan ini tidak ada anak perempuan.
Entah kenapa kini Tamara merasa amat janggal untuk melepak di rumah Fizzi. Kadang-kadang Fizzi pun ada datang ke rumahnya tetapi sekadar di patio sahaja.
Setelah agak lama diam, Tamara akhirnya bersetuju. “Baiklah, baiklah. Aku tunggu kau jemput aku. Tapi kau mesti jumpa ibu aku dan minta izin dari dia dahulu, faham?”
“Hah? Perlu ke? Kita bukannya hendak keluar dating pun” soal Fizzi, hairan dengan pengucapan Tamara.
“Dulu lain, sekarang lain beb. Dulu, kita masih budak-budak lagi, tak tahu apa-apa. Ibu aku kata, aku ni dah besar panjang, dah sweet sixteen. Anak dara seusia aku ini tidak elok keluar sesuka hati, lebih-lebih lagi waktu malam. Aku rasa kau faham maksud aku” jelas Tamara seperti sedang berpidato saja lagaknya.
Fizzi tekun mendengar sambil mengangguk perlahan.
“Satu lagi, ibu aku berpesan, kalau ada sesiapa hendak ajak aku keluar, mesti jumpa dia in person. Beritahu dia dulu ke mana hendak pergi dan pukul berapa hendak balik. Nombor telefon bimbit, nombor telefon rumah pun kau mesti berikan pada ibu aku nanti. Tapi ada satu perkara yang aku risau” Tamara berhenti seketika untuk memberi ruang suspense.
“Apa dia?” soal Fizzi, wajahnya nampak risau.
“Ibu mungkin akan tanya beberapa soalan, tapi itu ikut mood dialah. Kalau kau boleh jawab soalan-soalan temuduga dia, barulah dia benarkan aku keluar. Silap haribulan dia suruh kau baca surah ke, doa ke, lafaz niat sembahyang ke” sambung Tamara lagi dengan panjang lebar dan bernada serius untuk menguji kesungguhan Fizzi. Entah benar, entah tidak si Tamara ni.  Bibirnya digigit untuk menahan ketawa bila terpandang muka Fizzi yang keliru dengan mulutnya ternganga dan tangannya menggaru-garu kepala.
“Kelakar sungguh muka Fizzi” bisik hati Tamara.
“Sampai begitu sekali? Tak sangka pula ibu kau kontrol kau sekarang, ya? Okey, kalau macam tu malam ini aku datang seawal mungkin. Aku akan minta izin dari ibu kau. Ish...lain macam sahaja bunyinya. Mengalahkan orang yang bercinta pula ya bro” sahut Fizzi.
“Apa bro, bro? Kau ingat aku jantankah apa?” tingkah Tamara.
“Alah, kau ni. Bergurau pun tak boleh. Sensitif sangat semenjak dua menjak ni” komen Fizzi.
Buat seketika mereka berdua senyap seperti sedang mencari sesuatu untuk dijadikan modal bicara.
“Tapi, ibu kau dah biasa dengan aku, kita kawan dah lama. Perlu ke dia strict sangat?”
“Baguslah ibu aku buat begitu. Bolehlah kau practice awal-awal sebelum ajak anak dara orang dating.”
“Anak dara? Kaulah anak dara tu” balas Fizzi dengan bersahaja.
“Eleh! Tak payah nak loyar buruk. Aku tahu, kau sebenarnya nak mengintip Putri Amber, sebab itu kau ke sini. Menjemput aku tu sebagai alasan saja, betul tak?” sahut Tamara sambil tersenyum pahit.
“Macam mana kau tahu ya? Kau ada kuasa psikik eh?” soal Fizzi lagi.
Tamara menjeling Fizzi dengan tajam. Mulutnya mengomel sesuatu. “Beb! Sekeras-keras dan selasak-lasak aku ni, aku ada mata, ada hati, ada perasaan. Aku tahulah agenda kau tu” ulasnya dengan nada geram.
“Kau cemburu?” sindir Fizzi.
“Ada aku kisah?” soal Tamara kembali seraya menjegilkan matanya ke arah Fizzi. “Aku tidak ada masa hendak cemburu dengan Putri Amber yang over acting itu. Bajet artis! Buang masa saja. Hah! Aku ada satu cadangan baik punya. Kau mesti suka” tambah Tamara yang agak menyampah dengan soalan Fizzi.
“Apa dia?” Fizzi membetulkan duduknya dan menghadap Tamara kerana over excited.
“Kalau kau ikut rancangan aku ni, hari-hari kau boleh jumpa dia dan senanglah kau nak tackle si gedik itu” ucap Tamara. Fizzi dengan penuh minat mendengar.
“Teruskan, teruskan. I’m listening” desak Fizzi bila Tamara tiba-tiba berhenti bercakap.
“Apa kata ....kau..... jadi maskot pasukan pom-pom tu. Dan aku rasa sesuai sangatlah kalau... kau jadi maskot, emm......." Tamara berkelakuan seolah-olah sedang berfikir. Mata Fizzi membulat menunggu.
"Ha! Maskot beruang!” tempik Tamara. Mukanya sengaja serius walaupun dalam hatinya bagai digeletek hendak ketawa saat melihat muka Fizzi yang berubah kemerahan.
What? Kau memang sengaja nak kenakan aku, kan. Tak ada idea lain ke, Danny?” balas Fizzi dengan geram kerana merasa dirinya dipermainkan oleh Tamara.
“Ada, ada. Kalau kau malu nak jadi maskot beruang, apa kata kau jadi kuli angkat air untuk Putri Amber? Kau ganti tempat si Nana yang bendul tu. Kesian aku tengok Nana tu jadi babu dia ke hulu ke hilir” Tamara semakin galak menyakat. Seronok betul dia mempermainkan Fizzi.
Oleh kerana tidak tahan, akhirnya Tamara melepaskan ketawanya lebih-lebih lagi melihat muka Fizzi yang masam mencuka. “Sorilah. Aku suka tengok kau marah-marah begini. Nampak manjalah sangat. Rileklah bro. Kalau sudah jodoh kau dengan budak perasan cantik sangat tu, tak akan ke mana” Tamara pura-pura memujuk.
“Oh, kau main-mainkan aku ya? Tak apa, esok lusa aku kenakan kau balik” Fizzi memberi amaran. “Danny, ada satu lagi benda aku hendak tanya ni” Fizzi bersuara lagi.
“Apa lagi? Kau hendak minta tolong aku merisik Putri Amber pula? Sori, aku belum cukup umur untuk masuk campur bab kahwin-kahwin ni, saudara Fizzi” Tamara menjulingkan matanya dan memandang wajah Fizzi menyebabkan Fizzi tergelak.
“Ish...kau ni, ke situ pulak. Belum cukup umur konon. Bukan itulah. Aku hendak pinjam tugasan Add Maths kau. Itu pun kalau sudah siap” balas Fizzi. Nada suaranya seperti menyindir kerana tidak yakin kawan baiknya itu sudah menyiapkan tugasan yang dimaksudkan.
“Aaa..itulah. Suka sangat hendak salah sangka dengan aku. Aku punya sudah lama siap, der. Itulah kau asyik angau, tugasan pun kau lupa. Sekarang hendak copy paste kerja orang” sindir Tamara.
“Bukan begitu Danny. Aku tak perasan tugasan tu mesti dihantar minggu depan.Aku ingatkan lama lagi. Bolehlah eh? Pandailah aku ubah sikit-sikit nanti supaya tak nampak sangat aku copy paste dari kau” balas Fizzi dengan muka mengharap.
“Yalah, yalah. But this will be the last, ok” ucap Tamara dengan nada amaran.
Dia sendiri tidak faham kenapa dengan begitu senang mengalah dengan Fizzi. Kawan-kawan sekelas yang lain ada juga yang pernah meminta bantuannya di dalam bab-bab kerja sekolah dan tugasan tetapi tidak semudah itu dia membenarkan mereka menyalin kerjanya. Dengan Fizzi, dia tidak boleh berdolak-dalih. Masuk yang ini sudah berapa puluh kali Fizzi menghantar hasil kerja yang hampir sama dengan hasil kerja Tamara. Mungkin kerana mereka sudah lama berkawan, dan sudah kenal hati budi masing-masing. Nasib baik kerja-kerja Fizzi diterima oleh cikgu-cikgu mereka, kalau tidak, tak tahulah apa akan terjadi.
Pasukan pom-pom sudah habis berlatih dan sedang duduk di bangku-bangku di tepi padang. Sayup-sayup kedengaran lagu We Are The Champions dimainkan. Mungkin untuk menaikkan semangat. Kelihatan Putri Amber berdiri dan bercakap di hadapan ahli pasukan pom-pom dan berkata sesuatu. Lagaknya seperti seorang professional saja, mengalahkan jurulatih.
Over acting!” getus hati Tamara.
“Danny, kau rasa aku ada peluang tak dengan Putri Amber?” Fizzi tahu, walaupun Putri Amber itu cantik dan vogue, dia masih solo. Ramai pelajar-pelajar lelaki sekolahnya dan dari sekolah-sekolah lain yang tergila-gilakannya, namun tidak dilayan. Fizzi pula mahu mencuba nasib.
“Manalah aku tahu. Kau tanyalah dia sendiri. Orang suruh jadi maskot beruang, malu-malu harimau pula” jawab Tamara dengan selamba. Ada nada kecewa di dalam nada suaranya. Tanpa sedar jari-jarinya mencabut lalang-lalang yang tumbuh meliar di celah-celah akar pokok.
Fizzi mencubit lengan Dania dan memberi amaran dalam bergurau “Kau sebut lagi pasal maskot beruang tu, siap kau.”
“Adoi! Sakitlah. Apa pegang-pegang anak dara orang ni? Haram tau?” herdik Tamara sambil menggosok-gosok lengannya dan menumbuk belakang Fizzi sebagai balasan. Giliran Fizzi pula mengaduh kesakitan.
“Yang kau tumbuk anak bujang orang, boleh pula?” balas Fizzi menyebabkan Tamara terkesima.
“Asyik-asyik Amber saja dia fikirkan” bicara Tamara di dalam hati. Akhirnya, dia bangun dan meminta diri. Fizzi pun bangun seraya mengingatkan Dania tentang agenda malam nanti.
“Jangan kau yang lupa datang jemput aku. Nanti aku sudah bersiap, kau tak muncul-muncul” ucap Tamara sebelum berlalu.
Don’t worry. Mama pasti tanya pasal engkau nanti. Tapi, kalau aku lambat kau call, eh?” balas Fizzi.
Tamara hanya mengangguk dan berjabat ala rappers dengan Fizzi. Satu ritual dan stail berjabat tangan yang telah mereka berdua cipta sendiri dan sudah digunakan selama bertahun-tahun. Sebelum melangkah ke arah bertentangan, Tamara sempat menoleh ke arah Fizzi. Pada masa yang sama, Fizzi yang sedang menggeliatkan badannya pun menoleh ke arah Tamara. Fizzi senyum dan mengenyitkan matanya. Tamara merasa seperti jantungnya hendak meletup bila mata mereka berlaga.
 “Hish.....kenapalah dengan aku ni?” Tamara berbicara sendiri sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia terus berpaling dan mula menapak ke arah pondok pengawal keselamatan.







SALAAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca-pembaca budiman.

Selamat berkunjung ke blog DI HUJUNG JARI WAFA ARISSA . Blog ini akan memaparkan perkembangan kisah SWEET DANIA yang telah diupload ke portal ILHAM.

Namun begitu, watak DANIA telah diubah namanya. Kalau nak tahu nama terbaru DANIA, sudi-sudilah berkunjung ke blog DI HUJUNG JARI WAFA ARISSA.....

Di kesempatan ini juga WAFA ARISSA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepad yang telah membeli dn memiliki karya pertama WAFA ARISSA iaitu KAWAN BAIK FOREVER.  Terima kasih yang tidak terhingga di atas sokongan kalian.

Salam sayang buat semua.